Guru merupakan aset yang penting dalam institusi pendidikan kerana merekalah yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pelajar. Segala matlamat dan wawasan pendidikan yang ingin dicapai oleh negara terpikul di atas bahu guru. Oleh itu, untuk mencapai hasrat negara dalam melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran, maka usaha harus dilakukan untuk melahirkan guru yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Usaha ini boleh didapati dengan mengikuti berbagai program pembangunan staf yang dirancang seperti kursus dan latihan samada yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau institusi-institusi pendidikan yang lain dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Malah kebanyakan universiti dan maktab perguruan juga telah menetapkan bahawa kursus komputer dalam pendidikan sebagai salah satu kursus teras yang wajib diambil oleh pelatih atau bakal guru.
Pendidikan berperanan menyediakan pelajar ke arah masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ini adalah untuk memenuhi hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020 bagi ingin meletakkan Malaysia mencapai status negara maju. Untuk mencapai status tersebut, negara memerlukan pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi amatlah diperlukan demi menghadapi cabaran masa depan. Untuk mencapai Wawasan 2020, berbagai bidang ilmu dan kemahiran telah dikenalpasti sebagai pemangkin ke arah cita-cita tersebut (Fisher, Dawkins & Akin, 1994). Di antara kemahiran yang dianggap kritikal dan memerlukan perhatian ialah bidang komputer, keusahawanan, teknikal dan vokasional juga sains komputer. Sekolah dianggap sebagai satu institusi yang menghadapi cabaran paling besar untuk memenuhi keperluan ini.
Sejajar dengan hasrat ini, maka profesionalisme perguruan menjadi kian mencabar. Guru sebagai pelaksana wawasan perlu memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang akan menentukan kejayaan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Pengetahuan dan kemahiran yang mesti dikuasai meliputi pelbagai aspek seperti pengetahuan dalam bidang pedagogi, psikolagi, penyelesaian masalah dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat pula, maka guru tidak harus ketinggalan dalam menguasai bidang ini. Salah satu bidang yang diberikan tumpuan ialah kemahiran menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk tujuan ini, berbagai program pembangunan dan latihan guru telah dirancang serta dilaksanakan oleh pelbagai pihak dalam institusi pendidikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas sahabat! Sememang benar pernyataan anda bahawa guru-guru perlu diberi lebih pendedahan tentang ICT bagi mengimbangkan pengetahuan sedia ada murid dengan guru.
ReplyDelete