Wednesday, April 21, 2010

PANDANGAN BERDASARKAN KANDUNGAN ARTIKEL

1.0 Pengenalan

Komputer merupakan suatu alat elektronik yang telah menjadi satu keperluan pada zaman kini. Komputer digunakan di mana-mana sahaja seperti pejabat, pasar raya, lapangan terbang, bank, rumah, sekolah dan sebagainya. Manusia semakin hari amat bergantung pada komputer untuk mempertingkatkan produktiviti dan kecekapan.
Kemampuan penggunaan komputer yang tinggi akan menjamin peningkatan produktiviti yang tinggi juga dan membawa maksud kecekapan atau kemampuan menggunakan peralatan elektronik secara menyeluruh yakni dari segi teknikal dan pembangunannya serta bijak menggunakan perisian, pangkalan data, laman web dan lain-lain lagi pada tahap kemahiran yang tinggi kerana dapat menjanjikan daya pengeluaran yang memberangsangkan. Secara langsung penggunaan komputer yang tinggi dalam bidang pendidikan dan beberapa bidang yang terpilih dapat mempertingkatkan produktivitiserta proaktifnya seseorang terhadap komputer.


2.0 Kepentingan Teknologi Terhadap Bidang Pendidikan

Menurut Zakaria Kasa (2003), penggunaan komputer dalam pendidikan terbahagi kepada tiga komponen, iaitu pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Komponen pengurusan meliputi aplikasi dalam belanjawan, simpanan rekod, komunikasi dan mengumpul maklumat di sekolah dan di dalam bilik darjah. Komponen pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada pengajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Komponen penyelidikan pula meliputi aplikasi dalam menganalisis statistik dan pengumpulan maklumat yang menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran.



Menurut Howell (1971), kepentingan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan mendatangkan kesan yang amat positif serta dapat mempertingkatkan kualiti dan pencapaian. Keberkesanan pengajaran berbantukan komputer dapat memberikan maklumat dan rangsangan tambahan tentang perkara yang telah disampaikan oleh guru di kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, walaupun terdapat sedikit halangan, sikap pelajar secara umumnya terhadap bahan berkomputer adalah baik. Banyak pelajar mendapati bahawa bahan berkomputer telah memberikan manfaat kepada mereka. Terdapat di kalangan murid yang mempunyai sikap positif terhadap bahan berkomputer dan berkemampuan pula mengemukakan cadangan kepada rakan mereka yang lain.

Daimond, Theimer dan Charp (1971) pula mendapati cetusan yang serupa dengan kajian Howell. Pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris menggunakan bahan berkomputer telah menunjukkan kesan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer telah lebih berjaya mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bahagian pemahaman dan perbendaharaan kata.

Hess dan Tenezakis (1973) telah membuat perbandingan dengan memberikan pengajaran berbantukan komputer kepada sejumlah 189 pelajar di sekolah menengah rendah dalam pelajaran matematik. Kumpulan yang mengalami pengajaran berbantukan komputer merasakan bahawa komputer mampu menyampaikan maklumat dengan berkesan kerana pengajaran berbantukan komputer lebih adil, jelas dan mudah.

Menyedari hakikat bahawa bagi mencapai wawasan negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini, kita harus bersaing di peringkat global dan bertindak seiring dengan perkembangan era baru teknologi maklumat. Komitmen kerajaan ke arah era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah diterjemahkan dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC), kewujudan Institusi Sistem Mikro Elektronik Malaysia (MIMOS), pembentukan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Taman Teknologi Malaysia dan penubuhan Universiti Multimedia.
Di sampiing itu, pelaksanaan projek sekolah bestari dianggap sebagai pemangkin wawasan negara kerana matlamat pelaksanaannya adalah selaras dengan agenda pembangunan negara, iaitu untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Pelaksanaan sekolah bestari bermula pada Januari 1999 di mana 90 buah sekolah telah menjadi perintis kepada projek sekolah bestari dan pada masa yang sama menjadi model kepada sekolah-sekolah yang lain. Hasrat kerajaan menjelang tahun 2010 menjadikan kesemua 10 000 buah sekolah di negara ini menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.

Fokus utama sekolah bestari ialah penumpuan terhadap pembelajaran berlandaskan kemahiran berfikir dan penggunaan komputer dalam pendidikan di sekolah. Sekolah bestari menggunakan sepenuhnya peluang memperkembangkan ilmu dan budaya pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran secara cekap dan berkesan melalui rangkaian dan teknologi multimedia. Pendidikan tradisional selama ini yang berasaskan kebolehan membaca, menulis dan mengira (3M) merupakan tiang seri pendidikan. Memandangkan besarnya pengaruh teknologi maklumat terhadap manusia di era maklumat ini, maka wajar pendidikan hari ini dilengkapi dengan satu lagi literasi baharu, iaitu literasi teknologi maklumat.
Ketika ini penggunaan komputer dalam bidang pendidikan merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan pelajaran negeri dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia, termasuklah agensi dan badan-badan lain yang berkaitan dengan pendidikan di negara ini. Keterampilan penggunaan komputer yang tinggi adalah antara elemen yang menjadi kayu ukur kepada kualiti perkhidmatan serta kecekapan dan keberkesanan sesebuah institusi pendidikan itu.
Di sekolah, keterampilan guru menggunakan komputer yang diintegrasikan pula dengan pemilihan bahan multimedia yang baik dapat menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan di sekolah termasuklah :

(i) Komunikasi maklumat yang efektif.

Dengan menggunakan multimedia, pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Contohnya ialah penggunaan grafik dapat memenuhi objektif ini.

(ii) Format interaktif dan merangsang.

Keistimewaan sistem multimedia adalah dapat menerima tindak balas berbentuk teks atau suara yang dimasukkan melalui mikrofon oleh pelajar. Aplikasi yang dapat bertindak sebagai sahabat pelajar ini dapat merangsangkan proses pembelajaran bagi memindahkan pengetahuan yang lebih bermakna.

(iii) Pengekalan informasi yang berkesan.

Penggunaan multimedia yang membekalkan pelbagai jenis maklumat, dalam pelbagai bentuk, media dan pendekatan dapat membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat dilakukan dengan berkesan dan kekal dalam ingatan.

(iv) Membolehkan pelajar belajar mengikut keperluan sendiri.

Pembelajaran berbantukan komputer membolehkan pelajar mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan dan kehendak hati sendiri. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keselesaan masing-masing dan cara yang digemari oleh mereka.




(v) Menggalakkan pembelajaran kendiri

Dengan menggunakan perisian multimedia pendidikan, pembelajaran secara individu yang peka kepada keperluan pelajar dapat disediakan dengan mudah. Pelajar berasa seolah-olah sedang berhadapan dengan seorang guru peribadi dalam proses pembelajaran kendiri. Ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri serta menghapuskan perasaan malu yang wujud dalam diri pelajar.

(v) Memenuhi stail pembelajaran pelajar.

Bahan multimedia berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai pancaindera dan sesuai untuk manusia yang mempunyai berbagai-bagai gaya pembelajaran dan tahap kognitif.

(vi) Meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baharu. Sekiranya minat dan motivasi pelajar dirangsang, proses pembelajaran akan lebih mudah dilaksanakan. Sekolah yang cemerlang sering diukur dari segi pencapaian pelajarnya yang cemerlang. Pelajar akan mendapat kecemerlangan sekiranya guru berketerampilan dalam mengintegrasikan teknologi komputer dengan mata pelajaran yang disampaikan kerana kemampuan kaedah ini sudah terbukti ada kelebihan-kelebihannya.






2.3 Isu Dan Cabaran Pengintegrasian Teknologi Di Dalam Bidang Pendidikan.

2.3.1 Infrastruktur Ict Dan Komunikasi Sekolah

Untuk menjayakan pelaksanaan integrasi teknologi informasi dan komunikasi dalam P & P, kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan ICT perlu disediakan dengan secukupnya. Pada masa kini terdapat banyak sekolah yang tidak ada kemudahan ini terutamanya di sekolah rendah jenis kebangsaan. Kerajaan telah membekalkan peruntukan yang cukup untuk sekolah kebangsaan tetapi masih ada sekolah kebangsaan yang menghadapi makmal komputer yang telah siap dibina tetapi tidak dapat digunakan. Mengikut kajian masih terdapat 800 buah sekolah di luar bandar tidak ada bekalan elektrik. Masalah pembekalan kuasa elektrik di kawasan luar bandar perlulah diselesaikan dahulu.


2.3.2 Pengendalian Makmal Komputer

Masalah-masalah mengekalkan kelancaran penggunaan makmal komputer perlu diambilberat. Ini termasuk membaiki komputer yang rosak, pembaruan versi sistem aplikasi peranti dan versi perisian. Selain daripada itu, kesepaduan sistem komputer dan perisian yang digunakan di sekolah dengan KPM, PPD juga perlu diambilberat. Pada masa kini sekolah-sekolah selalu menghadapi masalah-masalah menggabungkan data-data yang diminta oleh PPD, JPN seperti pendaftaran UPSR, Analisis Pencapaian UPSR, SSDM ( Hem ) dan Emis. Terdapat juga perisian yang dibekalkan oleh KPM tidak dapat digunakan oleh komputer sekolah. Murid-murid yang tidak mengikut arahan semasa menggunakan peralatan ICT adalah punca utama kerosakan peralatan komputer.





2.3.3 Soal Etika Dan Perundangan

Penggunaan peralatan komputer seperti perisian cetak rompak dan melayari laman web yang diharamkan merupakan isu-isu yang hangat dipertikaikan oleh orang ramai. Guru-guru yang tidak bertanggungjawab mungkin menggunakan peralatan ICT ini untuk kerja peribadi sendiri atau mengguna komputer semasa bertugas. “ Komputer thief “ sengaja atau tidak sengaja dilakukan oleh mereka susah dapat dikawal. Didapati juga mereka yang mengguna komputer pejabat untuk “download” data-data seperti lagu dan wayang dari Internet. Perundangan-perundangan Internet masih didapati masih tidak berupaya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan. Ramai penjenayah masih menggunakan kepincangan perundangan internet untuk menjalankan perkara haram. Malahan kebimbangan ibubapa yang takut anak-anak mereka melayari laman web lucah sering juga disebut-sebutkan.


2.3.4 Program-Program Pembangunan Staf

Program-program dan kursus-kursus pembangunan staf dalam ICT telah dianjurkan oleh PPD, JPN atau KPM. Guru-guru yang telah menghadiri kursus ini mungkin tidak ditugaskan dalam bidang ICT. Ini merupakan sesuatu pembaziran.


2.3.5 Sikap Guru Besar, Guru, Murid, Ibubapa Dan Masyarakat Luar Terhadap Ict

2.3.5.1 Guru Besar Sendiri

Guru Besar yang merupakan pengurus sekolah sepatutnya adalah orang yang pertama harus mempunyai pandangan positif terhadap penggunaan komputer dalam kerja sehari-harian. Guru Besar harus terlebih dahulu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan pengalaman dalam penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Selain itu, konsep sekolah bestari harus diaplikasikan secara optimum oleh Guru Besar di sekolah agar murid-murid akan memperolehi faedah dan sekolah pula tidak akan ketinggalan zaman dan terus maju dalam bidang teknologi.


2.3.5.2 Guru-Guru

Guru merupakan pengasuh murid-murid di sekolah. Guru memainkan peranan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru itu haruslah mempunyai literasi komputer dan maklumat dan sentiasa bersikap mengejar pengetahuan ICT dan maklumat yang terkini. Kemahiran tinggi yang dimiliki oleh guru dalam literasi komputer boleh menjamin pencapaian keberkesanan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.


3.0 Masalah Penggunaan Teknologi Di Dalam Bidang Pendidikan.

Masalah yang pertama adalah sikap guru yang kurang yakin dengan teknologi maklumat dan masih selesa dengan cara pengajaran secara tradisional serta sering membuat alasan bahawa peralatan komputer tidak mencukupi dan kurang latihan dalam menyepadukan teknologi maklumat dalam proses pengajaran. Jika digunakan dalam pengajaran hanya pada tahap yang rendah sahaja seperti pemprosesan perkataan dan latih tubi. Teknologi maklumat tidak diintegrasikan sepenuhnya dengan kurikulum yang diajar. Keyakinan guru terhadap penggunaan komputer yang rendah juga memberikan impak yang kurang baik terhadap kepenggunaan peralatan ini.

Masalah yang berikutnya adalah ketidakdapatan perisian dan tapak web yang sesuai dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Kekangan masa dan juga kurang kemahiran merencatkan kreativiti guru untuk menyediakan bahan multimedia yang mampu menarik minat pelajar. Sesetengah guru dan juga pelajar menghadapi masalah bahasa kerana bahan yang terdapat dalam internet dan perisian adalah dalam bahasa Inggeris.

Masalah yang berikutnya adalah peralatan komputer amat sensitif dan mudah rosak jika tidak diuruskan dengan baik. Penggunaan secara maksimum segenap peralatan dan perisian oleh pelajar terutamanya mungkin boleh menyebabkan kerosakan. Kos pembaikan pula adalah tinggi kerana sekolah tidak dibekalkan dengan juruteknik untuk menyelenggarakan peralatan ini. Untuk mengelakkan kerosakan, guru-guru mungkin cuba mngehadkan penggunaan peralatan tersebut kepada pelajar.


4.0 Kesimpulan

Jelaslah kepada kita bahawa penggunaan komputer tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia pada hari ini. Walaupun kos yang dikeluarkan untuk mengadakan peralatan komputer, latihan penggunaan serta penyelenggaraannya tinggi tetapi ternyata pelaburan ini adalah menguntungkan. Kejayaan sesuatu bidang meningkatkan kualiti pengurusan, keberhasilan bidang-bidang tertentu mengaut keuntungan atau meningkatkan produktiviti masing-masing banyak bergantung kepada keterampilan penggunaan komputer di kalangan penggunanya.

Kemudahan ICT sudah menjadi satu keperluan dalam banyak bidang tugas pada masa ini. Kesungguhan bagi memastikan tiada yang ketinggalan daripada kemudahan dan perkembangannya telah ditunjukkan oleh semua pihak sama ada diperingkat pembuat dasar mahupun dipihak pelaksana. Pendek kata, komputer amat diperlukan dan mampu melakukan segalanya untuk manusia pada zaman kini.
Kesimpulannya, bahawa penggunaan komputer dalam bidang pendidikan secara berketerampilan dapat memberikan kesan yang positif dan memberangsangkan serta menjamin peningkatan kualiti pencapaiannya serta pelajar yang berkualiti dalam bidang pendidikan.

DARI LITERASI KOMPUTER KE KOMPETENSI TEKNOLOGI Hong Kian Sam Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak

PENGENALAN

Setiap kali suatu teknologi baru diperkenalkan dalam bilik darjah, ada pihak yang
akan menyokong dan mendakwa teknologi ini akan merevolusikan cara guru
mengajar, cara murid belajar dan secara amnya keseluruhan cara pendidikan
dikendalikan.

Contohnya, Thomas Edison menerajui pemikiran bahawa sebarang pelajaran yang
diajar oleh guru dapat diajar melalui filem (Heinich, Molenda, Russell & Smaldino,
1996). Beliau mendakwa filem akan merevolusikan pendidikan. Selepas pelancaran
Sputnik pula, sekolah didedahkan kepada projektor overhed. Andaiannya, projektor
overhed dapat memperjelaskan dan memperbaiki mesej yang disampaikan oleh guru.
B.F. Skinner (Department of Education, 1960) memperkenalkan pengajaran terancang
ke sekolah dan mendakwa ia adalah penawar masalah dalam pendidikan. Bork (1987)
kebelakangan ini pula mendakwa mikrocomputer dapat memperbaiki cara pelajar
belajar di sekolah.

Setiap dakwaan ini berdasarkan perkakasan teknologi pendidikan (projektor overhead
dan komputer) ataupun perisian (pengajaran terancang). Namum ramai penyelidik
(Clark, 1983,1994; Morrison, 1994; Ross & Morrison, 1989) telah menunjukkan
bahawa teknologi atau media tidak memberi kesan kepada pembelajaran, yang lebih
penting adalah strategi pengajaran spesifik yang direkabentuk dan diimplementasi
oleh guru atau perekabentuk pengajaran yang menentukan keberkesanan
pembelajaran.

Kini mikrokomputer pula semakin menukar penggunaannya di sekolah. Di Amerika
Syarikat sahaja, pada awal 1995, dianggarkan terdapat lebih kurang 5-8 juta
mikrokomputer di sekolah awam K-12 (US Office of Technology Assessment, 1995).
Jumlah ini mencatatkan pertambahan 600% daripada statistik 1980. Bagaimanapun
perincian belanjawan untuk komputer bagi pejabat daerah pendidikan mendapati 55%
belanjawan diperuntukkan bagi perkakasan, 20% untuk perisian dan hanya 15% bagi
latihan guru (Market Data Retrieval, 1992). Data ini memberi gambaran bahawa
peluang perkembangan professional bagi guru sering diabaikan dan berfokus kepada
latihan " short term, one-shot" bertujuan membiasakan guru dengan aplikasi spesifik
atau membentuk literasi komputer (US Office of Technology Assessment, 1995).

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan cara membentuk persekitaran
pembelajaran menggunakan komputer dalam bilik darjah. Fokus diberikan kepada
pembentukan kompetensi teknologi guru, yang merupakan asas kepada melahirkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada integrasi berkesan teknologi
komputer dalam bilik darjah. Bahagian pertama mengimbas kembali pengenalan
komputer ke dalam persekitaran pembelajaran dan pergerakan literasi komputer.
Bahagian kedua menakrifkan set kemahiran baru yang diperlukan oleh guru untuk
mengajar daripada literasi komputer kepada kompetensi teknologi. Bahagian terakhir
membincangkan pengajaran berasaskan komputer yang akan memupuk kemahiran
penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir.

KOMPUTER DALAM BILIK DARJAH

Sungguhpun teknologi komputer membuka pelbagai peluang kepada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi kajian di Amerika Syarikat
menunjukkan kebanyakan sekolah gagal melaksanakan dengan sempurna dalam
kurikulum (US Office of Technology Assesment, 1995). Kebanyakan pendidik dan
pengurus pendidikan gagal memahami keperluan melibatkan pelajar dengan
pengalaman pembelajaran yang menyediakan mereka memasuki masyarakat yang
semakin bergantung pada komputer.

Terdapat sekurang-kurangnya lima faktor yang menyumbang kepada situasi ini.
Faktor pertama adalah sekolah membeli fasiliti komputer tanpa memberi peruntukan
kewangan kepada keperluan baikpulih , upgrade dan latihan . Perubahan mendadak
dalam teknologi menyebabkan sekolah tersadai dengan komputer yang ketinggalan
teknologi (obsolete). Ada pula yang mempunyai peralatan yang rosak atau tidak dapat
dipakai. Situasi ini mirip kepada situasi 1960an dengan pengenalan televisyen kepada
sistem pendidikan. Komputer dibeli tanpa memberi pertimbangan kepada bagaimana
perkakasan dan perisian tersebut akan digunakan dalam aktiviti seharian.
Faktor kedua adalah sikap guru terhadap aplikasi komputer dalam bilik darjah.
Ross(1991) melaporkan sikap guru terhadap komputer dalam bilik darjah berkisar
daripada penerimaan sepenuh kepada ketakutan. Ada yang menerima komputer
sebagai alat pengajaran yang berkesan dan ada yang menjarakkan diri dan enggan
mencuba peluang yang ada.

Pelbagai alasan disarankan seperti aktiviti komputer mengambil masa berharga yang
sepatutnya digunakan untuk pengajaran (Evans-Andris, 1995) atau lebih sesuai
digunakan untuk pengajaran tradisi. Malahan di antara yang menerima penggunaan
komputer dalam pendidikan, ramai yang berpegang kepada penggunaan komputer
untuk mengulangkaji pengetahuan yang telah dipelajari atau sebagai permainan untuk
menarik minat pelajar. Pendek kata, guru enggan menukar gaya pengajaran mereka
kepada suatu yang dapat mengintegrasikan komputer dalam bilik darjah (Ellis, 1992).
Tambahan pula ada tanda-tanda yang menunjukkan kejayaan atau kegagalan aplikasi
komputer dalam pendidikan adalah domain-spesifik. Ehman dan Glenn (1987)
menunjukkan untuk K-12, kajian sosial tidak telus kepada revolusi komputer dalam
pendidikan. Begitu juga Becker (1984) melaporkan tahap penggunaan komputer
dalam bilik darjah kajian sosial adalah lebih rendah daripada subjek lain. White(1986)dan Whitehead, Cain dan Graves (1994) menyarankan kekurangan pengetahuan dan pengalaman menggunakan komputer sementara Wagschal(1986) pula mendapati
kekurangan perisian berkualiti dan relevan kepada keperluan bilik darjah sebagai
punca diskrepansi ini. Isu-isu seperti kekurangan peluang latihan dan kesukaran
peluang menggunakan komputer (access) perlu diatasi untuk meningkatkan integrasi
komputer dalam bilik darjah kajian sosial (Whitehead et el.,1994).

National Assessment of Educational Progress (1990) dalam kajian ke atas
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mengenai komputer mendapati sebilangan
besar pelajar tidak pernah menggunakan komputer di bilik darjah. Halangan yang
dikenalpasi termasuklah guru kekurangan masa untuk membentuk pelajaran yang
melibatkan penggunaan komputer, tidak cukup masa dalam jadual waktu, kekurangan
sokongan kewangan, tidak cukup perkakasan, tidak cukup fasilitator untuk menyelia
pelajar, guru kurang minat dan kekurangan strategi pengajaran untuk melibatkan
komputer dalam aktiviti pembelajaran.

Namun, terdapat pertambahan dalam bilangan guru yang literasi komputer atau dapat
gunakan aplikasi asas komputer seperti pemprosesan perkataan, ataupun dapat
memastikan pelajar menggunakan perisian latih-tubi dan tutorial (US Office of
Technology Assessment, 1995) Guru menganggap penggunaan komputer dalam bilik
darjah sebagai supplemen kepada kurikulum dan bukannya sebahagian integral
kurikulum (Evans-Andris, 1995). Merka menggalakkan penggunaan komputer dalam
bilik darjah tetapi gagal menguasai keupayaan sepenuh komputer. Ada guru pula yang
menganggap komputer sebagai sumber menarik perhatian pelajar tanpa memerlukan
interaksi guru-pelajar. Pelajar diajar mengoperasikan terminal bukannya
menggunakan komputer sebagai alat pembelajaran (Evans-Andris, 1995). Guru yang
memegang pandangan dan sikap terhadap komputer ini akan menjejaskan
pelaksanaan berkesan integrasi komputer dalam bilik darjah.

Kajian juga menunjukkan pengetahuan, sikap serta pegangan yang guru
komunikasikan kepada pelajar mengenai teknologi dicerminkan oleh sikap dan
pandangan guru (Conery, 1993). Guru yang menggunakan komputer dengan yakin,
dan sukarela, dapat menggunakan komputer dengan kreatif untuk meningkatkan
pengalaman pembelajaran dan memindahkan pandangan ini kepada pelajarnya
(Hannafin & Freeman, 1995). Guru akan menyusun bilik darjah dan gaya pengajaran
sekitar komputer dan sentiasa mencari peluang membenarkan komputer menjadi
sebahagian integral kurikulum (Laszlo & Castro, 1995) dan bukannya sebagai beban
yang mengelirukan.


LITERASI KOMPUTER

Apabila komputer mula diperkenalkan dalam bilik darjah pada awal 1980an, guru
kurang bersedia untuk menggunakannya dengan berkesan. Keperluan memahami asas
komputer mewujudkan pelbagai kursus dan latihan Literasi Komputer di maktab dan
universiti serta penerbitan buku teks (Erickson & Vonk, 1994) untuk menyediakan
guru-guru yang literasi komputer. Kursus-kursus literasi komputer meliputi
komponen-komponen komputer, sejarah komputer, asas pengoperasian komputer,
perisian aplikasi, pengaturcaraan BASIC dan penilaian perisian. Kini kebanyakan
guru lepasan maktab dan universiti mempunyai kemahiran ini tetapi gagal disediakan
untuk integrasikan penggunaan komputer sebagai alat komputer untuk pembelajaran
(US Office of Technology Assessment, 1995). Kertas kerja ini menghipotesiskan
masalah ini timbul disebabkan guru kekurangan kompetensi tekanologi.


KOMPETENSI TEKNOLOGI

Kompetensi teknologi adalah langkah selanjutnya yang perlu dijelajahi selepas
mencapai literasi komputer. Ia dicirikan oleh individu yang dapat berfikir secara
konseptual aplikasi komputer berhubung dengan pembelajaran. Individu yang
kompeten teknologi melihat komputer sebagi alat menyelesaikan masalah,
menyediakan set data, menjimatkan masa dan mensimulasi peristiwa sebenar dunia
ini. Pandangan ini bertentangan dengan individu yang hanya literasi komputer yang
menganggap komputer sebagai sistem penyampaian pelajaran (delivery system).
Guru masih memerlukan kemahiran literasi komputer, tetapi mereka mesti menganjak
paradigma daripada menerima maklumat kepada memanipulasi maklumat. Guru mesti
membentuk persekitaran pembelajaran di mana komputer menjadi "rakan pengajaran"
dalam proses membentuk pengetahuan (McDaniel., McInerney, & Armstrong, 1994).
Kompetensi teknologi komputer adalah konsisten dengan pandangan teknologi
pendidikan sebagai hasil & proses (product & process) yang disarankan oleh Heinich
et al. (1996).

Persekitaran Pembelajaran Multidimensi

Pembentukkan pengetahuan dikukuhkan oleh guru yang kompetens teknologi yang
akan menggubal, membimbing, dan mengurus persekitaran pembelajaran
multidimensi yang berpusatkan pelajar dan mempunyai unsur penggunaan komputer
dalam pengajaran (Morrison,1995). Tiga faktor utama memberi sumbangan kepada
persekitaran pembelajaran multidimensi: susunan pelajar, tugasan pembelajaran
multidimensi dan bahan sokongan (komputer, manipulatif, kalkulator, radas
eksperimen dll). Pelajar dalam persekitaran ini akan belajar dalam gabungan
kumpulan seperti individu, pasangan, kumpulan kecil atau keseluruhan kelas
Satu pelajaran atau projek akan melibatkan pelajar dengan pelbagai aktiviti,
contohnya menggubal eksperimen, mengutip data dari World Wide Web, membuat
eksperimen dalam kelas, menulis laporan atau membentuk slaid persembahan. Untuk
pelajar menyelesaikan tugasan pembelajaran, dia perlu disediakan komputer sebagai
alat pembelajaran dengan CD ROM, internet, aplikasi perisian pangkalan data,
hamparan elektronik, pemprosesan perkataan dan perisian pendidikan untuk
mengurangkan jurang atau menyediakan "scaffold" di antara keperluan tugasan dan
kemahiran (Greenfield, 1984).


Peranan Komputer

Dalam persekitaran pembelajaran multidimensi, pelajar tidak belajar mengenai
komputer tetapi komputer merupakan alat yang digunakan bersama pembelajaran
dalam menyelesaikan masalah bermakna dan autentik (Brown, Collins & Duguid,
1989).

Komputer membolehkan pelajar menggunakan pangkalan data atau hamparan
elektronik untuk mencari penyelesian kepada pelbagai masalah. Data dapat
dimanipulasi dengan mudah, diuji daripada beberapa perspektif, membuat tekaan dan
menguji tekaan. Keupayaan multimedia membolehkan pelajar menerokai ide mereka
dengan menggabungkan grafik, animasi, video dan bunyi dalam dokumen mereka.
Satu premis utama persekitaran pembelajaran multidimensi ialah untuk menganggap
komputer sebagai alat pembelajaran sama seperti kalulator digunakan untuk membuat
penghitungan dan pembaris digunakan untuk mengukur panjang garis lurus.

Peranan Guru

Peranan guru yang kompeten teknologi merangkumi tiga aspek utama: penggubal
pembelajaran, fasilitator pembelajaran dan pengurus pembelajaran. Bahagian
berikutnya membincangkan ketiga-tiga peranan ini.

Penggubal Pembelajaran

Untuk menyediakan pembelajaran yang sesuai bagi persekitaran pembelajaran
multidimensi, guru perlu memahami hubungan di antara fungsi asas aplikasi
komputer dengan teori pembelajaran. Pemahaman ini menjadi asas bagi pemilihan
strategi pembelajaran yang menurut Kemp, Morrison dan Ross (1994) perlu dipilih
berdasarkan jenis kandungan pelajaran (fakta, peraturan, konsep, prosedur, dll) dan
hasil pembelajaran yang disasarkan (mengingat semula atau aplikasi).
Selepas kandungan pelajaran dan sasaran pembelajaran ditetapkan, guru menggubal
aktiviti-aktiviti yang menjanakan pembelajaran atau membimbing pelajar membuat
perkaitan di antara pelajaran baru dengan pelajaran lama (Jonassen, 1988).Aktivitiaktiviti
ini melibatkan pelajar dalam berbagai tugasan seperti mencari maklumat,
mengkategori maklumat, menganalisis ide, membuat paraphrasing yang lebih mantap
daripada pembelajaran rote memorization. Kemp, Morrison dan Ross (1994)
menyenaraikan aplikasi komputer yang menyokong pembelajaran sebegini sebagai
aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik danpangkalan data.

Proses pembelajaran juga perlu melibatkan masalah bermakna (meaningful problem),
memerlukan kerjasama kumpulan (collaboration), dan membuat refleksi (reflection)
(Driscoll, 1994). Guru yang kompetens teknologi menanangani penggubalan pelajaran
ini dengan melibatkan pelajar menggunakan aplikasi komputer yang lazim ditemui
seperti hamparan elektronik dalam kumpulan kecil Pelajar juga diwajibkan mengutip
data samada on-line, melalui eksperimen atau sumber lain, memanipulasikan data,
dan membuat reflection ke atas penyelesaian.

Yang penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi yang berteraskan
teknologi adalah keupayaan mencari, memperolehi dan menganalisa sumber
maklumat. Guru perlu bijak menentukan pelajar belajar daripada berbagai sumber
(Zahner, Reiser, Dick, & Gill, 1992) dalam suasana yang penuh dengan maklumat
seperti internet, CD ROM, perisian pendidikan dans ebagainya.

Fasilitator

Peranan guru perlu berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator
pembelajaran (Dufty & Jonassen, 1991). Fasilitator melibatkan aktiviti-aktiviti
modeling, bimbing, scaffolding dan fading (Choi & Hannifin, 1995). Guru yang
kompeten teknologi bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana membina
pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan proses kognitif
pemikiran diperlukan untuk mencapai tugasan pembelajaran (Gorrell & Capron,
1990). Contohnya guru yang membantu kumpulan pelajar menentukan apa yang perlu
ada dalam pangkalan data, mungkin berkata " Jika saya ingin membina pangkalan
data, saya terlebih dahulu memikirkan apa jenis laporan yang saya perlukan untuk
menjawap masalah yang dihadapi." Fasilitasi digunakan oleh guru bagi mensimulasi
dan membimbing pemikiran pelajar dan membuat keputusan.

Kebanyakan bilik darjah terdiri daripada pelajar heterogeneous dari segi pengetahuan
dan kemahiran. Guru perlu fasilitasi proses scaffolding untuk membantu pelajar-pelajar mengurangkan jurang di antara yang mereka tahu dengan apa yang mereka
perlu tahu (Collins, 1993). Proses scaffolding melibatkan berbagai pengalaman
pembelajaran seperti penggunaan perisian pendidian spesifik yang disasarkan kepada
kekurangan yang perlu diperbaiki. Contohnya jika pelajar perlu menentukkan saiz
bilik yang diperlukan untuk menyimpan suatu kuantiti tong berbentuk silinder,
sesetengah pelajar mungkin memerlukan pemulihan untuk mengukuhkan kemahiran
matematik yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Guru akan mengarahkan
pelajar kepada perisian pendidikan atau sumber pembelajaran yang sesuai. Apabila
pelajar semakin kompeten untuk membuat keputusan dan tahap kemahiran meningkat,
kadar fasilitasi guru akan dikurangkan (fading). Proses fading membenarkan pelajar
lebih terlibat dalam proses kerjasama sesama rakan sebaya dan menggalakkan proses
pemikiran dan memproses maklumat serta memikir cara belajar (Choi & Hannafin,1995).

Pengurus Pembelajaran

Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi adalah pengurusan
berkesan. Guru perlu merancang jadual kitaran berkesan yang mengambilkira apa
yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada terminal komputer, serta
selepas menamatkan tugasan di komputer. Contohnya untuk suatu matapelajaran
tentang durian, sebelum menggunakan komputer, pelajar diminta menjanakan
beberapa soalan dan hipotesis mengenai durian itu. Pelajar perlu mengutip data seperti berat, ukurlilit, ketinggian durian tersebut. Setiap kumpulan menganalisis data diperolehi untuk membuat kesimpulan dan tekaan tentang durian lain, seperti apakah berat sesuatu duarian berdasarkan panjang atau ukurlilit. Sepanjang pelajaran, pelajar mungkin dapat melihat video atau menerokai buku atau sumber lain. Pelajaran dikaitkan dengan matematik, sains atau geografi. Projek pelajar pada komputer mungkin melibatkan :
a. menentukan sumber maklumat di Internet
b. download data dalam pengkalan data atau hamparan elektronik
c. menjana jadual atau carta
d. menulis laporan
e. menyediakan persembahan

Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks dalam persekitaran pembelajaran
multidimensi. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru
menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran. Guru perlu
menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah
yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang
akan digunakan oleh pelajar. Bagaimanapun masalah ini boleh dikurangkan dengan
menggunakan kepakaran komputer pelajar sendiri. Kaedah ini adalah gabungan
peranan guru sebagai pengurus dan fasilitator untuk menggunakan sumber terbaik ada
untuk membentuk persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar.

Peranan Pelajar

Matlamat ideal untuk persekitaran pembelajaran multidimensi adalah menghasilkan
pelajar yang kompetens tekanologi. Pelajar digalakkan untuk membentuk kemahiran
berfikir secara kritikal dalam konteks menyelesai masalah bermakna. Penyoalan,
perancangan, perekaan, penganalisaan dan tekaan adalah sebahagian usaha kumpulan
yang dipupuk dalam persekitaran pembelajaran multidimensi.
Pelajar juga perlu selesa dengan penggunaan pelbagai sumber maklumat termasuk
penggunaan komputer dan memilih sumber yang paling sesuai. Contohnya, mereka
mungkin perlu mencari, menilai dan mengambil maklumat daripada internet,
menggunakan hamparan elektronik bagi manipulasi data dan melihat keputusan dalam
pelbagai format dan carta dan penyediaan persembahan. Aktiviti lain mungkin lebih
sesuai dicapai dengan membina model, membuat eksperimen atau membuat
temuduga. Perkara yang perlu ditegaskan ialah pelajar mempelajari penggunaan
komputer bukan sebagai sumber pembelajaran tunggal tetapi satu daripada pelbagai
sumber.

Pendekatan Baru kepada Perisian Pendidikan

Dalam perubahan daripada literasi komputer kepada kompetasi teknologi, kita perlu
mengubah konsep penggunaan komputer dalam bilik darjah. Penggunaan computer
perlu diubah kepada "Computer-Supported Instruction" (CSI) daripada "Computer–
Assisted Instruction" (CAI). Dalam CAI, komputer digunakan sebagai pengganti guru
untuk menyampaikan pelajaran. Contohnya, program latih-tubi akan mengajar proses
pendaraban atau hukum gas.

CSI pula menganggap komputer sebagai alat sebagaimana anggapan seorang
akauntan, atau saintis dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. CSI
memerlukan pelajar menerokai, menemui dan membentuk pengetahuan.
Pertimbangkan sinario di mana pelajar perlu mempelajari cara membuat tekaan dan
mentafsir graf. Pelajar akan mengenalpasti pelbagai minuman dan makanan yang
akan dimasukkan dalam ujian rasa. Selepas itu mereka akan membuat tekaan bilangan
pelajar yang meminati setiap item, contohnya seorang pelajar mungkin jangkakan 8
pelajar suka air mineral Baby Borneo dan 2 orang sukakan Evian. Kemudian dalam
kumpulan, pelajar merancang prosedur dan hamparan data untuk mengutip data.
Selepas mengutip data, pelajar memasukkan data sebenar pelajar dan tekan mereka ke
dalam hamparan elektronik. Guru kemudian membimbing cara membina graf untuk
memaparkan tekaan dan keputusan, mentafsir graf dan akhirnya membuat laporan.

Menggubal Pelajaran CSI

CSI meletakkan lebih penekanan kepada guru sebagai penggubal pembelajaran
berbanding dengan CAI yang telah ditetapkan mod pengajarannya. Guru akan
merancang pembelajaran berdasarkan masalah bermakna kepada pelajar dan fokus
pelajaran adalah pelajar. Komputer hanya alat dan bukannya sistem penyampaian
maklumat. Pelajar mengutip data, manipulasi data dan mencari penyelesaian dalam
menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Pelajaran juga dapat merentasi
kurikulum.

Contoh 1
Untuk pelajaran sains tentang cuaca, dalam kelas sains, pelajar mempelajari pola
cuaca dan konsep haba serta suhu sementara dalam kelas geografi mereka
mempelajari iklim dan penghasilan pertanian. Dengan merentasi kurikulum pelajar
dapat menggabungkan pengetahuan cuaca dengan iklim dan geografi untuk
memahami bagaimana kedudukan dan mukabumi menpengaruhi pula cuaca.
Kemudian mereka dapat membuat tekaan dan menyelesai masalah seperti apakah
musim menanam atau jenis tanaman yang sesuai untuk sesuatu kawasan.

Contoh 2
Untuk pelajaran mengenai taburan frekuensi dan ukuran memusat pelajar boleh
mendapatkan data mengenai Piala Dunia (bilangan permainan, bilangan gol, bilangan
tendangan penalti dan sebagainya). Pelajar kemudian boleh menggunakan hamparan
elektronik untuk mengira jumlah gol dan min gol untuk setiap pemainan. Guru
kemudian boleh membuat senario sekiranya salah satu permainan itu berkesudahan 4-
0 dan bukannya 1-0. Pada tekaan pelajar apa yang akan berlaku kepada min gol
setiap pemainan.

Ciri-ciri penting pelajaran sebegini adalah:
1. perancangan data set yang realistik dan pelajar perlu mengutip data tersebut
(daripada sumber Internet, CD-ROM atau eksperimen).
2. Menganalis tugasan dan memeringkat setiap langkah diperlukan bergantung
kepada tahap keupayaan pelajar, guru perlu menentukan arahan diperlukan
untuk mencari data, mengutip data, membina jadual, mengguna hamparan
elektronik, membuat pengiraan dan seterusnya. Apabila pelajar semakin biasa
dan berupaya, bimbingan diperlukan berkurangan.
3. Guru perlu merancang plan mengurus supaya pelbagaian aktiviti dapat
dilakukan dalam bilik darjah tanpa mengganggu perjalanan kelas.

Mengelakkan Ketinggalan Teknologi (Obsolescence)

CSI mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan CAI. Pelajaran yang sama
dapat digunakan pada pelbagai komputer samada Apple, IBM atau Power PC. Fokus
adalah pada perisian dan bukannya perkakasan. Setiap jenis mesin mempunyai
perisian pangkalan data dan hamparan elektronik yang dapat digunakan oleh pelajar
bagi menyelesaikan masalah. Sungguhpun terdapat ciri-ciri yang berbeza di antara
perisian ini tetapi semuanya mempunyai ciri asas seperti memasukkan formula dan
melukis carta. Kelebihan kedua CSI adalah ciri platform independence. Tanpa
mengira samada ada sistem Windows atau Macintosh digunakan, kita dapat
menyediakan fail teks yang dapat diimport oleh guru dan pelajar untuk kegunaan
mereka.

CSI adalah kaedah berkesan mengintegrasikan komputer ke dalam kurikulum untuk
menyelesaikan masalah bermakna. Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada
proses dan bukannya teknologi. Pelajar menggunakan komputer sebagai alat
pembelajaran dan bukannya alat penyampaian pelajaran.

KESIMPULAN

Apabila komputer mela diperkenalkan ke dalam bilik darjah, literasi komputer
memdai untuk mendidik guru dan pelajar tentangperkakasan dan perisian komputer.
Kini sekolah dan masyarakat telah menerima teknologi komputer dan keperluan
pendidikan telah menjangkaui penguasaan literasi komputer. Guru perlu knompten
dalam yeknologi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran multidimensi dengan
komputer sebagai komponen integral kurikulum dan bukannya sekadar euplemen
kepada kurikulum. Dalam persekitaran ini, pelajar dicabar belajar menerusi
penyelesaian masalah bermakna menggunakan pelbagai sumber. Dalam proses
penyelesaian masalah, pelajar belajar bekerjasama dengan pelajar lain, menggunakan
komputer, menyoal, membuat keputusan dan membuat reflection. Pembelajaran
merentasi kurikulum dan mencerminkan siatuasi alam kerja.

Perkembangan profesional guru juga pelu memberi tumpuan kepada penyediaan guru
yang kompeten dalam teknologi. Guru perlu mengahayati bagaimana pelajar
menggunakan komputer sebagai alat pembelajaran disamping mengetahui komputer
sebagai sistem penyampaian pembelajaran dan penggunaan perisian dan permaianan
pendidikan. Guru perlu mengubah peranan kepada fasilitator pembelajaran dan diberi
peluang menggubal dan menguji pelajaran dalam kumpulan yang mencerminkan
keadaan dunia sebenar. Melatih guru menjadi literasi komputer ternyata tidak berhasil
mengintegrasikan komputer komputer ke dalam kurikulum. Sekiranya guru dapat
mencapai kompetensi teknologi mereka juga dapat membimbing pelajar ke arah ini.

"Sikap Pentadbir Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Sekolah" Oleh Abang Ahmad Ridzuan dan Salawati Talib

Pengenalan

Dalam dunia alaf ini, boleh dikatakan komputer telah menjadi suatu alat yang amat
penting dan telah meresapi semua aspek kehidupan termasuklah bidang pendidikan.
Komputer kini bukan sahaja digunakan sebagai alat bantu dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah, malah peranan komputer telah menular pula dalam
bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Menurut Chee Liew Seong (1986), penggunaan komputer dalam pendidikan meliputi
bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran, dan pengajian dalam komputer.
Rofidah Sahan Mustafa (1989:3) menegaskan tentang peranan komputer dalam
pentadbiran sekolah seperti berikut:

The computer is a rich and complex tool that is increasingly
being used in many functional areas. With this in mind, the usage of
computer in the school administration should be explored.

Menyedari kepentingan penggunaan komputer dalam pentadbiran, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah meluluskan tender bagi melengkapkan semua Jabatan
Pendidikan Negeri dengan komputer untuk melicinkan pentadbirannya. (New Straits
Times, 3 Ogos 1989). Dalam usaha ini juga, Pejabat Pendidikan Daerah Cameron
Highlands telah menganjurkan kursus dan bengkel komputer untuk pentadbirpentadbir
agar dapat melahirkan pentadbir sekolah yang benar-benar cekap serta
mampu mengikut perkembangan arus perdana yang berasaskan teknologi maklumat. (Utusan Malaysia, 27 Disember 1997:39).

Oleh kerana sekolah-sekolah di Malaysia telah menjadi semakin kompleks, maka
cabaran yang harus dihadapi juga turut meningkat. Sekolah perlu memastikan
pengurusannya adalah cekap dalam menguruskan sumber manusianya , tepat dalam
penilaian prestasi dan berkesan dalam membuat keputusan. Namun begitu,
pentadbiran yang masih beroperasi secara manual sudah pasti bakal menghadapi
berbagai-bagai masalah. Cheever et. al. (1986) telah menyenaraikan tujuh masalah
pengurusan jika dilaksanakan secara manual :

(a) Maklumat yang tidak mencukupi dan kurang tepat.
(b) Maklumat yang tidak seragam.
(c) Masalah memperolehi maklumat yang telah disimpan.
(d) Masa yang lama diperlukan untuk mengumpul dan memproses data-data
(e) Tidak cukup masa untuk menganalisis data dan membuat perancangan.
(f) Sukar untuk membuat inferensi dan integrasi di antara maklumat.
(g) Tidak dapat menyebarkan maklumat dalam masa yang ditetapkan dan dalam
format yang sebenar.

Cheever et. al. (1986:25) juga menegaskan, penggunaan komputer dalam pentadbiran
boleh mendatangkan kebaikan. Menurutnya:
Advantage using computers in school administration is that each
administrator can have electronic access to the same files of data and
can retrieve them in the form which he or she needs at the moment.
With computer, it becomes possible to develop an integrated
information management system.


Beliau juga memberikan empat matlamat yang boleh dicapai dengan penggunaan
komputer dalam pentadbiran:
(a) Mengurangkan kos pentadbiran
(b) Meningkatkan kecekapan dalam operasi pentadbiran
(c) Meningkatkan output sesuatu organisasi
(d) Menyokong program pengajaran dan pembelajaran


Peranan Komputer dalam Pentadbiran Sekolah

Memandangkan iklim sekolah kini yang semakin rencam, tugas pentadbirannya juga
menjadi bertambah rumit. Saiz sekolah yang semakin besar menyukarkan guru
menilai prestasi pelajar dengan jitu. Oleh itu, sekolah disarankan menggunakan
komputer sebagai instrumen pengendalian pengurusan dan pentadbiran (Wan Mohd.
Zahid, 1993). Crawford (1985) pula telah menyenaraikan empat situasi utama yang
memerlukan bantuan komputer dalam pentadbiran di sekolah, iaitu:

(a) Apabila banyak data hendak diproses mengikut prosedur tertentu.
(b) Apabila memproses maklumat merupakan tugas yang kerap dilakukan
(c) Apabila memproses maklumat perlu dilakukan dengan pantas
(d) Apabila tidak praktikal melakukan sesuatu tugas secara manual.

Di sesebuah sekolah, penggunaan komputer dapat memenuhi beberapa fungsi
pemperosesan data, contohnya untuk membantu pihak pentadbir mengurus sekolah
dengan lebih cekap (Visscher,1992). Fungsi-fungsi ini dapat diringkaskan seperti
berikut:

(a) Mengemaskini data: memperbaharui dan memasukkan semua perubahan yang
berlaku di persekitaran sekolah atau pun dalam sekolah itu sendiri. (contohnya: data
permohonan pelajar dimasukkan ke dalam sistem pengkalan data).
(b) Pencarian data dan penghasilan dokumen: melaporkan apa yang berlaku di
sekolah serta membuat diagnosis terhadap data yang diperolehi bagi membuat laporan
dan tindakan. (contohnya: laporan tentang pelajar yang masih perlu menghantar data
untuk kegunaan sekolah).
(c) Membantu membuat keputusan: terdapat sesetengah
masalah yang berstruktur di mana penyelesaiannya adalah terhad dan cara untuk
menyelesaikannya telah sedia diketahui. Untuk masalah yang tidak berstruktur di
mana ianya memerlukan kajian yang teliti untuk diselesaikan, komputer dapat
membantu pentadbir dalam membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian yang
sesuai. Ini adalah kerana komputer dapat memberikan maklumat-maklumat yang
diperlukan dengan pantas dan mudah.
(d) Membuat keputusan: komputer sendiri berupaya membuat keputusan
berdasarkan maklumat yang ada. (contohnya: apabila ciri-ciri kenaikan pangkat
dipenuhi oleh seseorang maka secara automatik keputusan untuk menaikan
pangkatnya boleh dibuat)
(e) Komunikasi: sistem jaringan yang "on-line" antara satu tempat dengan tempat
yang lain membolehkan pertukaran dan penyebaran maklumat berlaku. (contohnya:
data kedatangan pelajar dapat diedarkan melalui komputer).
Oleh itu, tugas pentadbiran sekolah mestilah dilakukan dengan bantuan komputer
supaya pengurusan dan pentadbiran sekolah akan menjadi lebih cekap dan berkesan.

Persoalannya, apakah pentadbir di sekolah telah bersedia untuk mentadbir sekolah
dengan teknologi baru ini? Apakah sikap mereka dalam merealisasikan penggunaan
komputer dalam pentadbiran sekolah? Kesemua persoalan ini mestilah digarap
terlebih dahulu bagi memastikan apa yang diingini dapat dilaksanakan.

Monday, April 19, 2010

Latihan ‘Information Communication Technology’ (ICT): Sumbangan dalam Peningkatan Profesionalisme Perguruan

Guru merupakan aset yang penting dalam institusi pendidikan kerana merekalah yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pelajar. Segala matlamat dan wawasan pendidikan yang ingin dicapai oleh negara terpikul di atas bahu guru. Oleh itu, untuk mencapai hasrat negara dalam melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran, maka usaha harus dilakukan untuk melahirkan guru yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Usaha ini boleh didapati dengan mengikuti berbagai program pembangunan staf yang dirancang seperti kursus dan latihan samada yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau institusi-institusi pendidikan yang lain dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Malah kebanyakan universiti dan maktab perguruan juga telah menetapkan bahawa kursus komputer dalam pendidikan sebagai salah satu kursus teras yang wajib diambil oleh pelatih atau bakal guru.

Pendidikan berperanan menyediakan pelajar ke arah masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ini adalah untuk memenuhi hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020 bagi ingin meletakkan Malaysia mencapai status negara maju. Untuk mencapai status tersebut, negara memerlukan pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi amatlah diperlukan demi menghadapi cabaran masa depan. Untuk mencapai Wawasan 2020, berbagai bidang ilmu dan kemahiran telah dikenalpasti sebagai pemangkin ke arah cita-cita tersebut (Fisher, Dawkins & Akin, 1994). Di antara kemahiran yang dianggap kritikal dan memerlukan perhatian ialah bidang komputer, keusahawanan, teknikal dan vokasional juga sains komputer. Sekolah dianggap sebagai satu institusi yang menghadapi cabaran paling besar untuk memenuhi keperluan ini.

Sejajar dengan hasrat ini, maka profesionalisme perguruan menjadi kian mencabar. Guru sebagai pelaksana wawasan perlu memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang akan menentukan kejayaan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Pengetahuan dan kemahiran yang mesti dikuasai meliputi pelbagai aspek seperti pengetahuan dalam bidang pedagogi, psikolagi, penyelesaian masalah dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat pula, maka guru tidak harus ketinggalan dalam menguasai bidang ini. Salah satu bidang yang diberikan tumpuan ialah kemahiran menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk tujuan ini, berbagai program pembangunan dan latihan guru telah dirancang serta dilaksanakan oleh pelbagai pihak dalam institusi pendidikan.

Wednesday, February 24, 2010

selamat bertemu kembali

detik terus berlalu..
semoga banyak manafaat boleh diperolehi bersama....